Sebagai Setiausaha Perbendaharaan Negara Alexander Hamilton

Antara tindakan yang dilakukan Hamilton dalam jawatan ini ialah mendirikan bank pusat pertama dalam Amerika Syarikat, namun keputusan ini ditentang habis-habisan oleh Thomas Jefferson, Setiausaha Luar Negeri pada ketika itu. Hamilton beralasan bahwa penubuhan bank pusat serta peluasan kekuasaan persekutuan lainnya bersesuaian dengan kuasa yang diberikan Perlembagaan Amerika Syarikat kepada Kongres untuk mencetak wang, mengatur perdagangan antara negeri serta bagian, dan melakukan segala tindakan yang "perlu dan layak" demi melaksanakan amanah yang termaktub dalam Perlembagaan itu. Di sisi lain pula, Jefferson menafsirkan Konstitusi secara ketat di mana tiada sebarang ungkapan yang mengizinkan pendirian sebuah bank pusat. Kontroversi ini berakhir selepas keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam perbicaraan McCulloch v. Maryland yang mendukung pandangan Hamilton lalu memberikan kebebasan kepada pemerintah persekutuan untuk melaksanakan tindakan terbaik mengikut kekuasaan yang ditetapkan dalam perlembagaan, khususnya doktrin kekuasaan tersirat.[21] Namun demikian, Perang Saudara Amerika dan Zaman Progresif mencerminkan segala krisis dan politik yang ingin dihindari dalam pentadbiran Hamilton.[22]

Dasar-dasar yang dilaksanakan Hamilton dalam jawatannya sebagai Setiausaha Perbendaharaan sangat mempengaruhi tindakan pengurusan kewangan pemerintah Amerika Syarikat sehingga masih berbekas pada masa kini. Pentafsiran kandungan perlembagaan versi beliau, khususnya Klausa Perlu dan Layak, berdampak kepada kebolehan kuasa persekutuan federal yang masih digunakan di pengadilan dan dianggap sebagai acuan penafsiran perlembagaan.